Reich Ketiga Baton (simbol tentera)

Baton Reichsmarschall Hermann Göring

Sewaktu era Reich Ketiga, Generalfeldmarschall dan Grossadmiral membawa baton-baton istiadat, yang dikeluarkan khas oleh tukang emas Jerman. Tujuh gaya baton telah dianugerahkan kepada 25 individu. Hermann Göring memiliki dua gaya baton yang berlainan untuk pangkat Generalfeldmarschall dan Reichsmarschall.

Kesemua baton, kecuali milik Erich Raeder, telah direka dengan cara yang serupa: batang baton dihiasi dengan Iron Cross dan helang Wehrmacht. Batang baton Luftwaffe (tentera udara) pula dihiasi dengan Balkenkreuz ("salib balkan"), manakala batang baton Kriegsmarine (tentera laut) dihiasi dengan simbol sauh berbelit. Kedua-dua hulu baton telah dihiasi dengan penutup berkerawang.

Tujuh gaya baton Reich Ketiga
  1. Baton pertama telah dikurniakan kepada Field Marshal Werner von Blomberg. Batang baton tersebut dibaluti dengan kain baldu berwarna biru muda. Ia sekarang berada di National Museum of American History di Washington, DC.
  2. Baton tentera udara pertama telah dikurniakan kepada Hermann Göring selepas kenaikkan pangkatnya ke field marshal. Walaupun ia direka menyerupai baton Blomberg dengan batang baldu biru muda, ia mengandungi simbol Balkenkreuz tentera udara. Selain itu, kedua-dua penutup hulunya diterapkan dengan batu berlian kecil yang banyak. Ia sekarang disimpan di National Infantry Museum di Fort Benning, Columbus, Georgia.
  3. Baton seterusnya telah dikurniakan kepada Laksamana Besar Erich Raeder. Batang baton ini mempunyai balutan kain baldu berwarna biru gelap. Baton ini berlainan daripada baton Reich Ketiga yang lain kerana mempunyai corak rantai bersambung yang dijahit atas simbol iron cross, helang dan sauh. Pada penghujung perang, baton tersebut dilaporkan dibuka dan dijual satu persatu.
  4. Sembilan baton tentera darat telah dikurniakan pada musim panas 1940 kepada field marshal yang baru dilantik. Batang baton dibaluti kain baldu merah dan hanya dibezakan dengan tulisan pengenalan pada penutup hulu. Lapan lagi baton gaya ini kemudian telah dikurniakan kepada field marshal lain semasa pelantikkan mereka. Kumpulan baton pertama telah dikeluarkan dengan harga 6,000 RM (kira-kira 30,000 USD pada 2012) setiap satu. Kebanyakkan baton tersebut sekarang berada di muzium atau koleksi peribadi.
  5. Tiga baton tentera udara telah dikurniakan pada musim panas 1940. Batangnya dibaluti kain baldu biru dan simbol Balkenkreuz, dibezakan hanya dengan tulisan individu pada penutup hulu. Satu lagi baton gaya ini telah dikurniakan pada tahun 1943. Baton tentera udara tahun 1940 adalah sedikit lebih mahal daripada baton tentera darat tahun 1940.
  6. Satu-satunya baton tentera laut yang lain telah dikurniakan kepada Laksamana Besar Karl Dönitz. Batang baton itu dibaluti kain baldu berwarna biru gelap dan diterapkan simbol U-boat pada salah satu penutup hulunya. Ia sekarang berada di Shropshire Regimental Museum, Shrewsbury, UK, dan telah disumbangkan oleh Mejar Jeneral J. B. Churcher, yang menangkap Dönitz pada penghujung perang dan mengambil baton itu.
  7. Satu-satunya baton Reichsmarschall telah dikurniakan kepada Hermann Göring pada musim panas 1940. Walaupun rupa bentuknya sama dengan baton lain tahun 1940, ia menerapkan material yang luar biasa. Batangnya diperbuat daripada gading gajah putih, bukan lagi logam yang dibaluti kain baldu. Penutup hulu diperbuat dari platinum dengan tulisan penggelangan dan lebih 600 batu berlian kecil. Baton itu dikeluarkan dengan harga 22,750 RM (kira-kira 130,000 USD pada tahun 2012). Ia sekarang berada di West Point Museum Tentera Darat AS, Highland Falls, NY.